BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 20, 2011

...waktu itu...


Sayang to semua...sama-sama bersyukur pada Ilahi atas nikmat sihat dan rahmat yang diberikan pada kita.well sepatutnya aq cuti 4 bulan tapi dah dikurangkan oleh my beloved Dean..aq da cakap my life is not easy kan..nk jadi someone yg memang akan banyak bekorban masa demi satu nyawa akan datang,so kena la prepare fizikal and mental. Tapi bagi aq perjalanan sepanjang cuti bukan sia-sia even sound funny and weird..yela habis exam aq habiskan masa aq dekat hospital.5 hari lebih disana aq memerhati,meneliti dan mula kehidupan sebenar.berhadapan dengan kemungkinan satu perkara menakutkan, kematian atau peluang kedua dirasai semua orang. masa tuh baru aq tahu dan paham even doctor pun tiada cara untuk menyelamatkan dan hanya kata akhir yang aq dengar..hope and pray..doa dan harapan aq serahkan padaNYA..orang keluar dan masuk bilik pembedahan dengan pelbagai rasa. mungkin aq dan kau tak merasainya tapi dia pasti rasa gelora dan resah di hati. bunyi mesin yang tak pernah penat berfungsi pada penggunanya, mungkin apa sahaja dan segala bunyi yang aq dengar tak sama macam bunyi degupan sebenar.waktu tuh aq hanya berpegang pada harapan dan DOA..ye doa..sebab aq pegang kata kembar aq dari maktab dulu lagi.dia cakap kat aq...

'ingat awak,doa yg mampu ubah segalanya.....'

Tangisan insan yang sangat aq sayang mampu mengoyahkan hati aq dan adik aq..siapa mampu nak toleh, siapa mampu nak tahan..tp aq kuatkan jugak...Alhamdulillah umi kuat..umi sangat kuat walaupun umi tak boleh lelap langsung mata dia..umi sangat tabah untuk abah..wish to be like her...x penah berhenti mulut umi untuk berzikir untuk suami tercinta..

Abah tetap tersenyum walau sakit yang aq tak bisa nak gambarkan..hampir menitis air mata melihat jari n bibir yang kering x berhenti mengucap lafaz zikir padaNYa..tasbih dan kitab abah tetap disisi wlpun dia x mampu nk pegang setiap masa...abah sangat kuat dan tabah.aq pun harap begitu nanti..

Alhamdulillah abah makin sihat dan umi sudah mampu tersenyum...segalanya aq panjatkan pada Allah atas kurnia dan rahmat..ingin aq sampaikan terima kasihku pada mereka yang hadir juga mereka yang memberi sokongan pada aq dan keluarga..semoga kebaikan mereka mendapat balasan dan rahmat daripada Allah...



hari-hari yang aq lalui di hospital,icu dan ambulans sangat bermakna dalam hidup aq...semoga ia mengajar aq agar menghargai erti cinta,kasih dan sayang juga erti sebuah kehidupan...sayang buat semua =)



(p/s-sorry entry nie da berlapuk dalam draft..maaf ye aq bz,tp aq akan kembali coretkan segalnya..termasuk perjalanan jauh yang membawa seribu erti...)

2 comments: